Sunday 21 February 2010

Update Kembara Ikhtiyar (Januari)

Selepas menikmati keindahan alam ciptaan-Nya semasa golfing di UPM, krew Kembara IKHTIYAR menjalankan tanggungjawab sebagai pemegang amanah kutipan ikhlas sepanjang Januari di Bangi. Alhamdulillah, Dia memudahkan usaha kami ke Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Bangi.

Kami mengambil masa lebih kurang sejam di Pasaraya Bintang bagi membeli barangan makanan hasil kutipan yang diterima. AlhamdulilLah, kutipan drpd kami dan lain-lain adalah RM 325-00. Jumlah yang dibelanjakan melebihi kutipan iaitu RM340.

Pandangan pertama, bgmnkah mereka ini (anak yatim) yang bakal menjadi tahfiz mampu menetap di tempat yang dhaif ini... Dengan struktur bangunan dan suasana yang tidak begitu teratur dan kawasan penempatan yang agak sunyi....

Terima kasih kepada penyumbang. Semoga Allah meletakkan kalian di kalangan mereka yang bertaqwa. Amiin.
 

 

Kembara Ikhtiyar - Program Ihsan Anak Yatim

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya." Riwayat Ibnu Majah

Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Firman Allah dalam ayat 6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud : "Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya."

Bertitik tolak daripada itulah, kami mengambil inisiatif murni untuk menjadi sukarelawan bagi menyalurkan bantuan kepada rumah anak yatim dan maahad tahfiz anak yatim. Inisiatif bulanan ini dijalankan secara konsisten bermula dengan ikhtiar ahli keluarga dan rakan-rakan rapat beberapa bulan sebelum ini. Namun, dengan izin-Nya, inisiatif ini menjadi buah mulut masyarakat setempat yang mengenali kami dan menghulurkan bantuan. Daripada maklum balas itu, kami berpendapat, usaha murni perlu diperkembangkan kepada para kenalan diluar ruang lingkup mesyarakat setempat bagi memberi peluang kepada mana-mana antara kita yang ingin berinfaq tetapi tidak mempunyai kesempatn untuk berbuat demikian.

Lawatan dan penyerahan ihsan ke rumah anak yatim terpilih ini hanya sebulan sekali (di akhir setiap bulan). Ini bermakna, setiap sumbangan yang diterima dalam sesuatu bulan itu akan diserahkan kesemuanya kepada rumah anak yatim terpilih. Dalam erti kata yang lain, setiap bulan, jumlah sumbangan akan berbeza-beza bergantung kepada sumbangan yang diterima. Jika tiada sumbangan sekalipun, kami melalui ahli keluarga akan juga menyumbang sepertimana biasa, InsyaALlah.

Sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk makanan; kering dan basah atau bermasak (bergantung kepada sumbangan). Kami berpendapat, hanya melalui mekanisme ini, sumbangan dapat sampai kepada mereka yang berhak. Untuk itu, sesiapa yang berhajat, boleh menyumbang sebelum 25hb setiap bulan bagi memudahkan hajat penderma disampaikan sebagaimana yang dirancang. Tiada penolakan yang diambil daripada sumbangan yang diterima kerana masa, tenaga dan kos perjalanan adalah sumbangan mutlak daripada kami.

Inisiatif ini dinamakan IKHTIYAR sahaja. Kami memohon sekurang-kurangnya sumbangan RM 1.65 (harga sekilo gula).

Shahfiza Hj Md. Noh - Majlis Amanah Rakyat (MARA)
013-7060544
Mohamed Faezal Omar Baki - German-Malaysian Institute (GMI)
016-6822760
Azmi Mohd Amban - Universiti Putra Malaysia
(UPM) 019-2025104
Shahizan Md.Noh - Islamic Financial Planner
(IFP) 019-3192192