Friday, 28 May 2010
Update Kembara Ikhtiyar (April)
Sabtu, 24 April 2010 - Bulan ini sukarelawan Kembara Ikhtiyar meneruskan da'wah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim kepada Rumah Nur Hikmah, Pusat Jagaan Anak Yatim & Ibu Tunggal yang terletak di salah sebuah perkampungan di tepi jalan Cheras-Kajang. Di sini juga ditempatkan pusat Tahfiz muda.
Perbelanjaan sumbangan pada kali ini menjangkau RM 784-40. Kebanyakan barang mentah dan kering yang dibeli menyerupai sumbangan sebelum ini cuma yang membezakannya adalah kuantiti setiap barang yang dipilih. AlhamduliLlah, pihak kami dimaklumkan bahawasanya pelanggan kedai dimana barangan sumbangan ini dibeli juga sama-sama menghulurkan derma bagi menjayakan usaha murni ini.
Kedatangan kami kali disambut oleh Pengetuanya dan ada kalanya kami terpaksa 'melambat'kan sedikit pemindahan sumbangan yang dibawa kerana asyik dengan telatah salah seorang anak yatim lelaki yang mahukan dirinya didukung. Menurut maklumat, kanak-kanak ini dihantar sendiri oleh ibu kandungnya kerana tidak mahu lagi menjaganya ketika masih awal umurnya sementara tiada sebarang maklumat tentang bapanya. Pun begitu, rumah anak yatim ini masih memerlukan bantuan berterusan daripada individu dan badan korporat bagi menaik taraf tempat tidur pelajar selain membekalkan lebih banyak bahan bacaan kepada penghuninya.
Rangkaian gambar-gambar dibawah adalah diantara rentetan kenangan yang sempat dirakamkan oleh kami. Pengunjung blog boleh melayari laman sesawang Facebook dengan menaip Kembara Ikhtiyar di ruangan SEARCH.
Kembara Ikhtiyar mengucapkan Jazakallah sepada semua yang menyumbang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment