Monday, 1 March 2010

Update Kembara Ikhtiyar (Februari)

Salam dan selamat sejahtera semua.

Mudah-mudahan setiap perkara kebaikan yang sedang dan akan kita lakukan akan dirahmati dan dipermudahkan oleh-Nya. InsyaALlah. AlhamduliLlah, program Ikhtiyar pada bulan ini berjaya disempurnakan pada Ahad yang lalu di Kompleks Kebajikan Rukaiyah, Sg Merab di Bangi.

Sukarelawan Ikhtiyar mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran atas sumbangan yang diberikan kepada mereka yang prihatin. Jumlah kutipan peribadi dan sumbangan yang diterima untuk bulan ini adalah RM 645-00. Pun begitu, pengusaha kedai di mana semua barang-barang dibeli pada bulan ini berbesar hati untuk sama-sama menyumbang dalam program ihsan anak yatim ini. Akhirnya, jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM 777.90. [Sila rujuk resit].



Antara barangan yang dibeli adalah beras (10kg) sebanyak 13 kampit, biskut (2 tin besar), Bihun (2 bungkus besar), Sos cili (1 dozen), Susu Isian Manis (15 tin), Kicap (8 botol), Tepung Gandum (1 karton), Gula (5 bungkus besar), Milo 2kg (2 bungkus), Kordial (2 botol), Telur (2 papan), Minyak Masak (5 kampit), Kopi (3 Bungkus), Teh (2 bungkus besar), Sardin (6 tin besar) dan campuran Rempah Ratus (3 bungkus besar).

Terima kasih sekali lagi. Semoga kita semua masih diberi peluang untuk menginfaqkan harta kita pada bulan ini kelak.

No comments: